Apr 6, 2009

Camp Bumi Jati

Assalamualaikum, tgh sakit badan ni tp aku nk story ckit pasal kem yg aku pegi. Kem ini adalah kem Kursus Bina Negara Asas Pemimpin Pelajar gabungan 4 buah sekolah Daerah Hulu Langat iaitu Sekolah Bandar Tun Hussein Onn, Damai Perdana, Perimbun dan Cheras Perdana. Kem ini bertempt di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 02 hingga 05 April 2009. Seramai 10 perempuan dan 10 lelaki daripada setiap sekolah. Sekolah aku hanye 19 org je. Kami bertolak dr sekolah lbh kurang kol 2.30. sampai kol 3. 30. Ketua Fasilitator kami-Cik Siti Aishah binti Ghazali, Setiausaha Kursus-Cik Nurul Atiqah binti Roslan, Jurulatih-En. Hj Samion Bin Muhammad (KJ), En. Jaafar Bin Daud, Cik Nor Aishah Binti Abdullah dan En. Engku Haidi Bin Engku Makhtar.Terdapat dua dom bilik perempuan. Satu dom memuatkan 20 orang pelajar perempuan. Jadi sekolah aku dan damai perdana satu bilik. First day dkt situ xde ape2 sngt. Cume dibahagikan group. Pada mula2 aku di group 2 tetapi kawan aku membuat rasuh dgn group 2. akhirnya aku dpt group 1 bersama dgn kawan aku. Jahatnye. Group 1 tu paling best yg pernah aku dpt. Sume baik2, comel2. Group aku dipanggil “SIBLINGS”. Mlm tu kami disuruh reka bendera dan bendera kami ala-ala Superman hasil rekaan ketua kami yg cute *aku tukang tulis je*.Kami juga diberi amanah untuk pegang 3 biji telur, satu belon berisi air,satu mancis, satu belon angin, dan lilin tetapi sayangnye telur satu pecah. Di situ kami diberi makan sebanyak 6 kali sehari iaitu pada pagi, tengah hari, petang, lepas maghrib, malam dan tengah malam. Patotla perut aku dh buncit. Kami tamat lebih kurang pada pukul 12.00 tgh mlm dn bangun pagi pada pukul 5.30 untuk solat berjemaah ramai-ramai. Mase tgh berdoa aku tertido la plak.

Second day, terdapat dua ceramah. Ceramah 1 tentang Ekonomi dan Pendidikan manakala Ceramah 2 tentang politik dan ancaman keselamatan. Ya Allah, ceramah pertama aku dh x boleh bukak mate dh. mengantok tahap jebon. dh la group aku kene duduk depaaaaaaaaan skali. aku kene tahan mate ni sampai ceramah ke-2. yg lelaki group aku 3 org dh abis tido. ternganga-nganga lg. haha. Penceramah tu nk buat lawak tp x lawak pon. kesian la aku tgk sbb tu la sume pakat mengantok. Ceramah kedua tu better lg aku rase sbb penceramah tu boleh tahan mukenye. hahaha. Ceramah kedua tu pasal kemerdekaan. mmg sronok+bosan=mengantok. Seriously x bleh nk bt cmner dhla tido kol 12.00mlm bgn kol 5.30 plak tu. mane pernah aku bangun subuh trus bangun. sbnrnye wajib tido balik XD. Selepas itu, kami mkn tengah hari dan solat Zohor. then latihan dlm kumpulan mcm biasela seperti kem2 yg lain selama 3 jam. pastu solat Asar, riadah dan solat maghrib/kuliah/solat isyak. then ade lg latihan dlm kumpulan, setiap group ade facy tersendiri. Facy kami bername fadzli. yela kot x ingat sngt la. hahaha. lepas tu kami mkn malam pada pukol 11.30 dn tido mati.

Third day/fourth day, kami ade perbarisan/berkawad tgh pagi yg panas terik. dhla blom makan lg. selepas makan pagi, kami ade latihan dlm kumpulan lg. disuruh buat graf kehidupan masing2. mcm biase la aku x brani nk volunteer ke dpn sbb aku agak gemuruh apabila di depan. then ade minum pagi. aku minum air je sbb x selera aku tgk makanan yg dihidangkan. Pada pukul 2.15 sume group diberi latihan untuk mencari pekerjaan sekitar kawasan kem dan duit hasil kutipan setiap group akan dijadikan makanan petang. Setiap group kene kumpul RM3.00 untuk membeli mknn ptg. Group kami berjaye mengumpul RM3.11. aku kena basuh kereta cikgu2 dn drg bagi aku 10sen je, angkat bendera mengelilingi tmpt kawad dn disuruh plak nyanyi lagu2 patriotik. memalukan aku je sume tgk2 dn hasilnye mendapat 15sen. group-group aku yg lain berpecah mencari pekerjaan masing2. ade jgk yg mencuba nasib untuk audition menyanyi,berlakon dan menari tp sayang nye cikgu tu ckp *dah dah dah bernanah telinga dgr ko menyanyi*. 0 sen la jwbnye. ade group aku plak kene masok lokap sbb ditahan cube menghisap putung rokok. padahal cikgu yg suruh belikan rokok. pelbagai-bagai dugaan group aku ni. lame aku menganggur, pegi tmpt buruh xde plak jawatan kosong. itulah nasib di dunia luar dan barulah aku sedar betapa payahnye untuk mencari pekerjaan. Tiba-tiba ekonomi pulak naik sebanyak 70 sen. ooooo drg ni mmg saje nk naik2 kan harge. Hasilnye duit kami tu hanye dpt sup ayam , nasi dn air je tetapi kami bersyukur dpt lg makan ptg. ade tu dpt beli honey dew je. ramai yg menangis sbb bekerja keras tetapi gaji hanye sedikit je. Selepas selesai sume tu, ade sesi luahan hati pasal mencari pekerjaan tadi. ramai yg tak puas hati bangun dn marah. org yg menangis agak ramai jgk. sedih plak aku tgk drg x dpt mkn. tetapi disebabkan kesian, facy2 bg drg makan. Pada sebelah mlm plak, kami menyanyi lagu Warisan ramai2 sampai sakit tekak aku menjerit. dh takde suare skang. kami sume x tido hari ni sbb ade aktiviti burung hantu. aduh ni yg aku cuak. xpenah aku main bende ni. kami bertolak kol 2.30 pagi ke tempat hutan yg penuh dengan kelape sawit. berdebar-debar jiwa aku mase tu. group kami bertolak dulu dn sampai ke hutan kami dilepaskan sorang2 dan alhamdulillah aku x nmpk benda2 pelik tetapi group aku ade yg nmpk benda2 pelik tapi slps abis baru die bgtau kt kami sume. slps tu kami boleh berjalan dlm kumpulan jd xla cuak sngt kan. Group kami tibe dulu lbh kurang kol 4.30 pagi. kami boleh balik ke kem tetapi kene duduk kt tmpt kawad je jd kami duduk kt atas simen yg berbatu2 tu. tido pon kt situ jgk sbb nk tunggu group2 yg lain sampai. kesian betol kt kami ni tapi xpe sbb ari ni balik!!!! x sabar2 nk balik rumah dh x tahan dok sini. tamat je aktiviti ni facy2 bagi kami balik dom mandi dn bersiap untuk solat subuh *tgk x bg chan lgsg nk tido*. tertido la kau dlm toilet tu. Selepas itu kami ade lg game dlm kumpulan iaitu game spider web, pecahkan belon dn kami x sempat nk mengakhirkan sume game. untuk spider web kami hanye mendapat 80/100. ok la kan. yg lain2 haprak xde tp aku bangge dpt group tu sbb semangat,bekerjasama kami kuat sbb kami kan siblings :D. then akhirnya penutup, kami sume dpt sijil,balik dom solat dn baru bertolak balik. Bersyukur sbb sume selamat.

Sekian, terima kasih.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai tersukan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

0 Comments:

Post a Comment